Friday, August 13, 2010

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Salam ramadhan, salam sejahtera pembuka bicara....lantaran daripada kursus pembinaan laman web blog daripada ppd jb pada 9 Ogos lalu, bersyukur rasa hati, dapat juga dy menubuhkan blog ini, bg menyumbangkn idea, aktiviti serta perbincangan permasalahan dan ilmu berkaitan Pendidikan Khas...terima kasih diucapkan kepada pihak Pend. Khas PPD JB yang menganjurkan kursus tersebut, sekaligus dapat bertukar-tukar maklumat di antara sekolah2 pend. khas di sekitar Johor Bahru...

Mungkin ramai lagi di antara masyarakat kita yg masih belum dapat lagi mengkategorikan murid-murid bermasalah pembelajaran...masih tertanya2 dlm minda mereka..."apa beza murid kelas pendidikan khas dgn murid kelas perdana?"...dy di ajukan soalan, "Kenapa murid-murid p.khas ni saya tgk mcm ok jer..same je mcm murid kelas perdana?" sukar untuk dy menerangkan satu persatu, namun dy hanya menjawab apa yang termampu....

Apa maksud Bermasalah Pembelajaran?

Dalam tahun 1980-an, istilah `masalah pembelajaran' mula digunakan bagi menggantikan istilah `cacat akal'. Penggunaan istilah masalah pembelajaran diperkenalkan melalui Laporan Warnock (Warnock Report) bagi merujuk kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini dianggap dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk hiperaktif, hipoaktif, ADD/ADHD, palsi serebral, down sindrom, autisme ringan, terencat akal minima, disleksia, keupayaan mental yang rendah, dan pintar cerdas.

Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran, iaitu situasi yang meng­halang kemampuan belajar dan pembentukan pemahaman dunia sekitar mereka. Kesulitan ini bukan sahaja akibat perkembangan yang lewat tetapi juga berkaitan dengan kecacatan yang kompleks daripada segi psikiatri, neurologi, psikologi dan fisiologi yang memberi kesan ke atas fungsi kanak-kanak.

Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran, sering mengalami beberapa ketidakupayaan di sebalik kecacatan yang sememangnya dihadapi dan ini memerlukan sokongan daripada pelbagai perkhidmatan pakar, termasuk daripada segi perubatan. Jurang kecacatan pelbagai yang dialami tidak memungkinkan segala keperluan kanak-kanak itu dipenuhi oleh perkhidmatan yang diberi (Lacey 1998).

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi (Nind dan Hewett 1998) dan ini bergantung pada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-kanak ini juga sememangnya memberi tekanan emosi pada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka (Kiernan dan Kiernan 1994). Kajian mengenal pasti senarai tingkah laku yang sukar dikawal oleh guru iaitu sikap agresif dari segi fizikal, mencederakan diri sendiri, menjerit dan. membuat bising, mengganggu dan hiperaktif terlalu obsess dan melakukan perbuatan yang sama, tidak berminat untuk belajar (Harris dan colleagues 1986). Daripada senarai itu, perbuatan sikap agresif dari segi fizikal adalah yang menyukarkan dan memberi tekanan (Pimm 1998). Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif.

Sunday, August 8, 2010

Sekilas pandang

Pada tahun 2008



 

 


 Pada hujung tahun 2008, kelas ini telah dinaik taraf dengan pembinaan almari, mengecat dan penambahbaikan tandas. Pada tahun 2010 pula, kami telah memisahkan 2 kelas menggunakan pembahagi sementara menunggu peruntukan untuk pembinaan pembahagi tetap.


  

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENDIDIKAN KHAS SJK (C) PEI HWA

Kelas Pendidikan Khas SJK (C) Pei Hwa mempunyai seramai 17 orang murid, 3 orang guru pendidikan khas dan seorang pembantu pengurusan murid.